KONGSIKAN

Penulis; Giewareka

“Hello!..Hello!!” wanita separuh umur itu terpekik-pekik sambil memegang telefon bimbit. Sama ada kurang pendengaran atau suasana di tepi jalan agak bingit. Pekikan itu mengundang perhatian semua yang berada di susur jalan. Tanpa mengendahkan segala perhatian yang diterimanya dia terus memekik “Hello, hello.”

Selepas hampir lima minit terpekik-pekik wanita separuh umur itu melihat telefon bimbitnya dengan perasaan hampa dan berkata, “Ermm bateri habis rupanya.” Dia pun berlalu pergi sambil membawa payung merah yang dikepit di bawah ketiaknya. Dan susur jalan itu kembali tenang tanpa pekikan “Hello!”

[Anda ada karya yang ingin diterbitkan di iamlejen.com? Hantarkan cerpen, certot, sajak atau puisi tulisan anda ke shahrizatahmad@lejenpress.com beserta dengan nama pena pilihan anda. Selamat mencuba!]