KONGSIKAN

Penulis: Pak Badrul

Aku sebenarnya teringin hendak menyertai satu peraduan menulis cerita kontot bertemakan ‘merdeka kelakar’ ni, tapi malangnya aku macam tiada idea langsung nak mengarang cerita apa. Memerah otak memikirkan isi dan jalan cerita yang nak ditulis memang sesuatu yang mencabar dan memeningkan.

Nak dijadikan cerita, aku teringatlah pada satu perbualan antara aku dengan anak aku tentang kemerdekaan pada tahun lepas.

Aku tanya dia apa erti merdeka. Boleh dia jawab merdeka tu adalah bebas daripada belajar di sekolah.

Bertuah punya budak.

Dan tahun ini, sekali lagi aku tanya soalan yang sama. Berdebar-debar aku menantikan jawapannya.

Harapnya dia tak jawab macam dulu. Risau kalau dia meloyar buruk lagi.

Tiba-tiba, tak tahulah kebetulan ataupun sengaja, anak aku melepaskan kentut yang agak kuat bunyinya.

Sebaik kentutnya habis, dia pun jawab,

“Merdeka tu bila kita berjaya mengeluarkan kentut daripada badan kita… Hahaha!”

Aku terfikir, mungkin kena juga analogi yang anak aku berikan itu.

SELAMAT HARI KEMERDEKAAN buat semua.

 

Foto Paparan Utama: Digital Photo Secrets