KONGSIKAN

Penulis: Pak Badrul

Hujung minggu yang lepas, aku ke sebuah bengkel untuk memeriksa kerosakan pada keretaku. Sambil menunggu kereta siap dibaiki, aku melihat-lihat barisan rim tayar baharu yang tersusun. Mahal dan berjenama.

Aku berangan-angan kalaulah keretaku dipasang dengan dengan salah satu set rim ini, tentu nampak anggun dan bergaya.

Tiba-tiba…

“Abang, itu you punya Vellfire ka? Sudah siap.”

Seorang apek pomen datang menegur, terus membuatkan lamunanku terhenti.

‘Potong stim betul apek pomen tu,’ aku menggumam dalam hati tidak berpuas hati. Aku melihat ke arah kereta aku lantas menjawab pertanyaannya tadi.

“Bukan maaa… Itu orang lain punya…”

Kereta buatan tempatan milikku dengan rim besi bengkoknya masih setia menunggu giliran di hujung sana.

 

Foto Paparan Utama: Carkaki.my