KONGSIKAN

Penulis: Pak Badrul

Petang itu aku singgah sebentar membeli burger di sebuah bus stop berhampiran rumah.  Kakak yang menjual burger itu namanya Kak Zah. Setiap petang dia akan menjual burger di situ bersama suami dan anak-anaknya.

Seperti biasa sambil menunggu burger yang dipesan siap, aku leka bermain game di smartphone.

Tiba-tiba aku terdengar bunyi preeet yang panjang diikuti bunyi creeeet yang kuat. Aku suspect Kak Zah kentut. Buruk benar bunyinya. Andaian aku meleset. Rupa-rupanya Kak Zah sedang memicit botol mayonis dengan bersungguh-sungguh.

“Ha kak… Mayo bagi lebih ye…” Pinta aku berselera.