Penulis: Anis Akhir
Ayu seronok hari ini kerana ayah dan ibunya membawa dia ke taman permainan. Ramai kanak-kanak sebayanya sedang asyik berlari-lari ke sana dan ke sini.
“Ayah, jom kita naik buaian.” ajak Ayu.
“Ayu naiklah, nanti ayah tolak.” Ayu tersenyum dan terus mendapatkan satu buaian kosong.
Ayu berlari anak tetapi malang, Ayu terjatuh tersepak batu. Lututnya berdarah kesan geseran di atas tanah yang kasar itu.
“Huargggg!!!!” Ayu menangis.
Ayah dan ibunya terus memujuk Ayu supaya berhenti menangis. Sisa tangisannya sudah reda, tetapi apabila dia melihat buaian kosong tadi sudah ada kanak-kanak lain yang naik, Ayu kembali meraung.
* Anda mahu tulisan anda disiarkan untuk bacaan umum di portal I AM LEJEN? Emelkan tulisan anda ke [email protected]. Karya yang layak akan disiarkan berserta kredit kepada penulis.