CERTOT: Bilik Kosong Tingkat Atas

Penulis: Anis Akhir

Fitri sebenarnya takut hendak masuk ke dalam bilik kosong itu. Bilik itu sudah lama tidak berpenghuni. Ia terletak di aras paling atas, di hujung koridor. Begitu strategik lokasi bilik itu sehingga bakal disumpah dengan perkataan yang mengundang dosa. Demi menjaga maruahnya, dia sahut sahaja cabaran karut yang dibuat oleh dua rakannya.

“Bismillah.” Fitri berdoa sambil tangannya perlahan-lahan memulas tombol pintu.

Gelap. Sejuk.

“Fitri! Kau nak buat apa dekat bilik tu?” tanya seseorang yang tiba-tiba saja muncul di belakangnya.

“Alamak! Warden la pulak.” getus Fitri.

“Dah, turun bawah. Sekarangkan waktu prep.” arah warden tadi.

Fitri mengangguk laju lalu segera beredar dari situ.

* Anda mahu tulisan anda disiarkan untuk bacaan umum di portal I AM LEJEN? Emelkan tulisan anda ke [email protected] Karya yang layak akan disiarkan berserta kredit kepada penulis.

Artikel Lain Untuk Di Baca