Penulis: Anis Akhir
Petang ini Amran jatuh lagi. Amran menangis. Namun begitu dia tidak pernah berputus asa. Setiap petang selepas kelas dia pasti akan membuat latihan sekurang-kurangnya 10 kali. Biarlah ada kesan luka di sana sini. Asalkan dia mampu membawa basikal tanpa roda tiga lagi. Semua rakannya yang lain sudah mampu membawa basikal laju-laju, bahkan sambil lepas tangan lagi. Dia tidak mahu memalukan budak darjah 1 di kawasan perumahannya. Demi maruah, dia sanggup lakukan segalanya.