CERTOT: Assignment Dr. Harun

Penulis: Anis Akhir

Hujan lagi hari ini. Jamilah memandang keluar dan menarik nafas panjang. Dia berlalu ke meja belajar dan terus menghidupkan komputer ribanya yang sudah lima tahun berkhidmat dari satu generasi ke satu generasi.

“Nak siapkan assignment Dr Harunlah.” Jamilah fikir dia perlu lakukan sesuatu yang produktif pada pagi Sabtu itu.

Paparan wallpaper ‘Hello Kitty’ yang sedang memegang kotak berbentuk hati di skrin komputer riba itu ditenung lama. Pantas Jamilah menekan icon GOOGLE. Dia ingin lakukan sesuatu. Jarinya menaip satu persatu huruf di papan carian.

“Cute wallpaper.”

KLIK!

Jamilah jadi rambang mata melihat kecomelan wallpaper tersebut. “Yang ni cantik,” Jamilah terus menukar wallpaper pada skrin komputer ribanya dengan wallpaper yang baru. Gambar sekuntum bunga tulip bercorak polka dot merah jambu. Jamilah tersandar kepuasan. Tetikus dimainkan ke kiri dan ke kanan lalu dia menekan butang shut down.

Komputer ribanya mati dan Jamilah bergegas mengambil telefon bimbit yang sedang dicas di tepi dinding kerana asakkan bunyi notifikasi yang tidak henti-henti. Aplikasi Whatsapp dibuka.

Fizi: Dr Harun cakap haritu assignment dia nak handwriting ke type?

Mona: Tak kisah rasanya.

Fizi: Confirm ni?

Kamal: Ada sesiapa nak join larian satu padang tak esok? Anjuran Kelab Sains.

Zaidi: Tak.

Laila: Malas weh…

-…

Jamilah bosan membaca perbincangan itu lalu mematikan telefonnya.

“Nak tidurlah. Hujan-hujan macam ni memang sedaplah kalau layan tidur.” Lalu Jamilah melupakan segalanya tentang hari itu.

Artikel Lain Untuk Di Baca