CERTOT: Ahmad Tujuh, Camille Dan Hujan Pagi

Penulis: Zhafirin

Ahmad Tujuh bingkas bangkit dari tilam tak empuk yang sedia ada di bilik sewa. Telah menjadi rutin harian Ahmad Tujuh mendengar lagu sebelum ke bilik mandi dan hari ini mood mendengar lagu Nouvelle Vague. Lagu Too Drunk To Fuck berkumandang seolah-olah Camille sedang berbisik.

Lagu terus berputar sambil Ahmad Tujuh mengambil keperluan mandi lalu menuju ke bilik mandi. Ahmad Tujuh biarkan saja air paip mengalir ke lantai sementara rokok dinyalakan dengan idea super poyo seorang mamat-yang-mahu hidup dengan gaya rock n roll. Ya, apa kejadahnya biarkan air mengalir dan menghisap rokok kononnya itu gaya rock n roll? Hanya Ahmad Tujuh saja yang faham.

Habis sebatang rokok, Ahmad Tujuh membersihkan tubuh dan hal-hal yang biasa dilakukan ketika mandi. Ahmad Tujuh yang kesejukan dek kerana cuaca pagi yang sejuk masuk semula ke biliknya. Sepanjang perjalanan menuju ke biliknya, Ahmad Tujuh akan melalui beberapa bilik sebelum sampai ke bilik miliknya.

Terdengar jiran berdehem.

Bunyi-bunyian yang tidak mengasyikkan daripada seorang wanita dan lelaki tidaklah menyeronokkan bagi seseorang yang berstatus solo.

Ahmad Tujuh memulas tombol pintu biliknya. Barang keperluan ketika mandi – baldi, ubat gigi, syampu dan sebagainya terjatuh.

Ahmad Tujuh kaku di hadapan pintu.

Ahmad Tujuh terkejut melihat figura Camille berlumuran dengan darah. Ahmad Tujuh menutup rapat pintu, risau jika ada jiran mengetahui perkara tersebut. Camille masih lagi bernafas biarpun suaranya tidak jelas. Kewujudan Camille juga diragui oleh Ahmad Tujuh.

“Adakah Camille keluar dari Spotify dan menjengah masuk ke bilik aku?” pelbagai persoalan bermain dalam kepala Ahmad Tujuh.

Ahmad Tujuh sempat bertanya kepada Camille tentang kewujudannya dan sebab dia berlumuran dengan darah. Camille menceritakan tujuannya keluar dan mendengar muzik yang dilabelkan sebagai BBNU.

3 saat berlalu setelah lagu-lagu BBNU diputarkan oleh Camille. Camille merasakan telinganya berdarah dan tubuhnya terasa kejang. Nyawanya benar-benar dihujung kematian.

Camille sempat berpesan kepada Ahmad Tujuh agar mendengar muzik yang selayaknya untuk dirinya sebelum Camille menutup rapat mata dan meninggal dunia.

Ahmad Tujuh yang masih bertuala membawa mayat Camille ke luar untuk dikebumikan dan hujan renyai membasahi bumi.

 

 

 

Artikel Lain Untuk Di Baca