KONGSIKAN

Penulis: Anis Akhir

“Kau biar betul? Masuk ni dah lima kali aku pergi. Tak ada pun rumah dekat situ.”

“Betullah. Aku tak tipu. Bulan lepas aku pergi dengan Sarah. Kalau kau tak percaya kau call Sarah.”

Bukan Rusmah tidak percaya, memang benar tiada langsung kawasan perumahan di situ. Tetapi mengapa Latifah bermati-matian menyakinkan dirinya bahawa di situ ada rumah. Maklum sajalah, mereka bertiga mahu menyewa rumah yang berhampiran dengan tempat pengajian mereka. Mudah mahu berulang-alik nanti.

“Macam ni lah, apa kata kalau kita bertiga pergi ke sana. Aku nak buktikan yang aku betul.” kata Rusmah.

Latifah mengangguk saja. Setiba mereka di sana ternyata telahan Rusmah adalah benar. Memang tiada rumah di situ. Kebetulan seorang pak cik berbasikal tua lalu sambil memandang ke arah mereka.

“Pak cik perasan kamu selalu ke sini. Pak cik faham perasaan kamu. Rumah pak cik pun kena roboh juga semata-mata nak buat pembinaan dekat sini.”

“Apa?! Roboh?!” jerit Latifah, Sarah dan Rusmah serentak.