Ceroboh Ruang Udara, Duta China Akan Dipanggil Untuk Beri Penjelasan

Malaysia akan memanggil Duta Besar China untuk memberi penjelasan mengenai pencerobohan ruang udara oleh pesawat tentera udara China.

Terdahulu, didapati 16 pesawat milik Tentera Udara Republik Rakyat China (PLAAF) menceroboh masuk ruang udara di Zon Maritim Malaysia (ZMM).

Kementerian luar juga akan mengeluarkan nota bantahan diplomatik kepada kerajaan China bagi pelanggaran tersebut.

Duta China dipanggil untuk memberi penjelasan terhadap pencerobohan ini yang sekaligus mengancam kedaulatan negara.

“Berdasarkan laporan yang diterima daripada TUDM, Kementerian ini akan mengeluarkan nota bantahan diplomatik atas pencerobohan ini kepada Kerajaan Republik Rakyat China.

Pendirian Malaysia sangat jelas, mempunyai hubungan diplomatik yang mesra dengan mana-mana negara tidak sekali-kali bermaksud bahawa kita akan kompromi tentang keselamatan negara kita.

Malaysia tetap teguh mempertahankan maruah dan kedaulatan kita,” tegas Menteri Luar Hishammuddin Hussein dalam satu kenyataan.

Panglima TUDM Jen Ackbal Abdul Samad menyatakan pesawat FLAAF juga telah memasuki ruang udara Kota Kinabalu Flight Information Region (FIR).

Disamping itu, 16 buah pesawat tersebut juga didapati menghampiri ruang udara nasional. Penerbangan mencurigakan itu dikesan pada 11.53 pagi.

“Pesawat-pesawat tersebut telah dikesan terbang secara formasi taktikal ‘in-trail’ pada jarak 60 batu nautika di antara satu sama lain,

Formasi panjang tersebut juga telah terbang dengan paten dan haluan yang sama menggunakan satu titik laluan masuk dan keluar.

Mereka kemudiannya didapati mengubah arah penerbangan di ruang udara Beting Patinggi Ali yang berkepentingan kepada negara,” ujarnya.

Sebelum ini, kami juga ada melaporkan kemasukkan pesawat pengintip prototaip Israel ke ruang udara Putrajaya.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca