Ceroboh Masuk Sebuah Rumah, Beruang Ini Kemudiannya Tertidur Dalam Almari Pakaian

Seekor beruang telah menceroboh masuk sebuah rumah yang terletak di Montana, Amerika Syarikat. Tidak cukup dengan itu, beruang hitam itu turut mengunci pintu setelah menyelinap masuk.

Sebaik sahaja sedar bahawa ada ‘pendatang asing’, pemilik rumah itu terus menghubungi pihak polis. Ketika itu, ia sedang menuju ke bilik dobi.

Pihak polis bergegas ke lokasi tersebut untuk membawa keluar beruang itu. Sebaik sahaja tiba di sana, usaha untuk mengeluarkan haiwan berkenaan tidaklah semudah yang disangka kerana ia mula mengamuk dan merosakkan bilik dobi itu.

Setelah penat mengamuk, mamalia berkenaan memanjat ke atas almari untuk tidur gara-gara keletihan.

“Beruang tersebut masuk ke bilik dobi. Ia turut mengamuk dan merosakkan bilik itu sebelum memanjat ke atas almari pakaian untuk tidur kerana keletihan,” kata jurucakap polis.

Akhirnya, pihak polis berjaya mengeluarkan beruang itu setelah berjaya menenangkannya.

“Beruang itu ditembak dengan ubat pelali sebelum dilepaskan semula ke kawasan hutan jauh dari kediaman penduduk,” ujarnya.

Susulan kejadian itu, pihak berkuasa memberi amaran terhadap semua penduduk agar sentiasa mengunci rumah masing-masing. Hal ini demikian kerana kejadian sama turut dilaporkan di dua kediaman lain.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca