#CeritaRia: Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2019

Berita gembira untuk para pencinta buku!

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2019 (PBAKL) akan berlangsung pada 29 Mac 2019 hingga 7 April 2019. Lokasi di Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur. Menariknya untuk kali ini waktu beroperasi akan bermula dari jam 10 pagi hingga 9 malam setiap hari.

Sama seperti sebelum ini PBAKL 2019 dianjurkan oleh Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM), bersama-sama dengan enam persatuan Industri Buku Malaysia dengan kerjasama dan penyertaan pemain utama industri buku tempatan, PBAKL pasti salah satu acara utama dalam kalendar penerbitan global kerana merupakan pesta buku jualan termurah di Malaysia.

Sejak 2013, PBAKL telah mencatatkan lebih 2 juta pelawat setiap tahun. Pesta buku terbesar ini sememangnya di nantikan oleh pencinta buku untuk mendapatkan buku-buku terbaru dan promosi daripada penerbit di seluruh rantau ini. Terdapat pelbagai acara yang akan dijalankan seperti pelancaran buku, sesi bertemu penulis kegemaran, seminar, konvensyen dan banyak lagi aktiviti-aktiviti lain.

Kepada pembaca setia Lejen Press pula jangan lupa untuk berkunjung ke booth yang terletak di Dewan Tun Razak 4, pelbagai promosi dan judul buku menarik khas untuk peminat setia Lejen Press. Anda juga boleh bertemu dengan penulis-penulis novel Lejen Press.

Jangan lupa untuk tandakan di kalender anda!

Artikel Lain Untuk Di Baca