Cerai Isteri Sedang Sarat Mengandung Menerusi Aplikasi WhatsApp, Da’i Farhan Dikecam Hebat Oleh Warganet

Nama juara rancangan dakwah Da’i musim kedua iaitu Nik Ahmad Farhan Nik Mohamad atau lebih dikenali sebagai Da’i Farhan sebelum ini hangat diperkatakan warganet selepas beliau mengumumkan tentang perkahwinan kedua bersama dengan seorang ibu tunggal lapan anak.

Ada segelintir pihak yang mendakwa bahawa isteri pertama pendakwah berusia 29 tahun itu tidak meredai perkahwinan berkenaan sehingga keadaan memaksa Dai’ Farhan untuk membuat dua laporan polis dan dua tuntutan saman kepada beberapa individu yang didakwa melontarkan fitnah terhadapnya di media sosial.

Selepas isu itu reda, nama Da’i Farhan kembali hangat diperkatakan selepas keratan video beliau ditemu bual menjadi tular. Dalam video tersebut, kenyataan yang keluar daripada mulut Da’i Farhan membuatkan rata-rata warganet menjadi kurang senang mendengarnya.

“Jujurlah ustaz cakap, 18 orang perempuan minta untuk jadi isteri kedua ustaz. Tapi kesemua 18 orang itu ustaz tolak. Senang-senang sahaja ustaz tolak. Tapi wanita ke-19 ini, ustaz tiada kekuatan untuk tolak. Aura dia, masya-Allah,” demikianlah kenyataan yang dikeluarkan Da’i Farhan.

Terbaharu, seorang peguam telah ‘menjamu’ warganet dengan ‘teh’ di mana isteri pertama Da’i Farhan dikatakan telah diceraikan dengan talak satu menerusi voice note yang dihantar melalui aplikasi WhatsApp.

Menurut Asiah Abd Jalil yang merupakan seorang Peguam Bela dan Peguam Cara Mahkamah Tinggi Malaya, beliau sendiri sudah mendengar voice note itu.

“Lafaz cerai disampaikan melalui voice note aplikasi WhatsApp. Saya sudah mendengar voice note tersebut,” coret Asiah di laman Facebook.

https://www.instagram.com/p/B5PfudrgJfP/

Difahamkan, Da’i Farhan menceraikan isteri pertamanya iaitu Fatin yang sedang hamil anak kedua mereka dengan talak satu. Alasan penceraian adalah kerana Fatin didakwa nusyuz dan memfitnah si suami.

Pada 22 November lepas, Fatin mendakwa telah dipukul dan dikurung oleh Da’i Farhan dan laporan polis telah dibuat oleh ahli keluarga wanita itu.

Tinjauan kami di ruangan komen mendapati bahawa rata-rata mengecam tindakan Da’i Farhan itu.

Walau bagaimanapun, Da’i Farhan masih belum mengeluarkan kenyataan berkenaan isu ini. Apa-apa pun, kami harap agar ia dapat diselesaikan dengan segera demi kebaikan semua pihak.

Artikel Lain Untuk Di Baca