Cerai Isteri Lepas Menang Loteri, Atuk Tua Ini Akhirnya Temui Ajal Lepas Dipeluk Kekasih Baru

Seorang warga emas dilaporkan telah berjaya memenangi mega loteri berjumlah HK$12.2 juta (RM6,490,706.93). Francinaldo Aparecido, 74, merupakan antara 52 individu bertuah yang berjaya memenangi hadiah wang tunai terbabit.

Walau bagaimanapun, Francinaldo yang berasal dari Brazil memilih untuk tidak meraikan hal itu dengan isterinya. Hal ini kerana dia sudah bertemu perempuan lain yang jauh lebih muda dan mendakwa dia boleh memberikan segalanya yang dimahukan Francinaldo.

Dek kerana dorongan nafsu, Francinaldo akhirnya menceraikan isterinya yang berusia 69 tahun hanya seminggu selepas dia memenangi loteri berkenaan. Sejurus selepas itu, lelaki tua terbabit segera pergi ke pangkuan kekasih barunya, Mayra yang berusia 18 tahun.

Menurut Mayra, dia ikhlas menerima Francinaldo sebagai pasangan hidupnya. Demi membuktikan cintanya, Mayra telah merancang untuk memberi satu kejutan kepada Francinaldo.

Mayra kemudiannya telah melakukan seks oral kepada Francinaldo sebelum memeluknya erat sambil lelaki tua itu asyik menghujaninya dengan ciuman.

Sedang mereka ralit dibuai nafsu, Francinaldo tiba-tiba diserang sesak nafas sebelum tidak sedarkan diri.

Ambulans segera dipanggil ke lokasi kejadian. Namun begitu, tiada apa yang boleh dilakukan kerana Francinaldo disahkan sudah meninggal dunia.

Ketika sesi soal siasat, Mayra mendedahkan kepada polis bahawa dia terlalu asyik kerana Francinaldo tidak berhenti mengucupnya. Disebabkan itu, remaja berkenaan telah memeluknya dengan kuat sehingga menyebabkan kesesakan nafas berlaku.

Difahamkan, segala wang loteri yang dimenangi Francinaldo kini jatuh ke tangan bekas isteri dan 14 orang anak mereka. Bagi Mayra pula, remaja berkenaan dilaporkan tidak menerima walau satu sen daripada duit lelaki itu.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca