“Cerah Dalam Masa 3 Hari”, Ini 4 Cara Kenali Produk Timbang Kilo Di Pasaran

Pada masa kini, terdapat banyak produk kecantikan yang mengandungi bahan berbahaya. Paling teruk, ia dijual secara meluas di Malaysia. Kita sebagai pengguna haruslah bijak dan selidik dahulu sebelum membeli sesuatu produk itu.

Selalunya produk-produk dikenali sebagai krim timbang kilo. Apa itu krim timbang kilo? Krim ini kebanyakannya diambil dari Thailand. Kemudian, para pengasas membeli krim timbang kilo itu dan melalukan pembungkusan semula ke dalam bekas. Ia kemudiannya dijual dengan harga yang mereka inginkan.

Bagaimana hendak mengetahui sesuatu produk itu timbang kilo ataupun tidak?

1. Produk yang mempunyai krim siang dan malam serta sabun pencuci muka

Produk yang mempunyai set krim siang dan malam itu adalah salah satu ciri krim timbang kilo. Ada yang advance sikit, ia datang dengan toner, serum dan lain-lain bagi menarik pelanggan untuk membeli produk mereka.

2. Pembungkusan semula

Pembungkusan semula adalah sangat tidak eksklusif dan boleh disebut sebagai murahan. Harga yang dikenakan pula boleh tahan mahal. Sebelum membeli sesuatu produk, packaging hendaklah dilihat terlebih dahulu. Bukan apa, bila packaging lawa, mesti kita pun tertarik dan rasa lebih yakin hendak memakai produk tu.

Selain itu, produk ini biasanya akan menggunakan nama orang atau nama pengasas itu sendiri.

3. Tidak dijual di farmasi

Biasanya produk-produk sebegini hanya dijual melalui Instagram, Facebook dan lain-lain. Kalau nak selamat, belilah produk yang hanya dijual di farmasi.

4. Produk ini menjanjikan kesan seawal 3 hari

Proses nak cantik ini biasanya memakan masa yang lama. Kulit kita bukannya hebat sangat sampai boleh jadi cantik dalam masa satu malam sahaja. Semua benda perlukan kesabaran. Kalau hari pertama pakai krim dan hari ketiga sudah putih melepak, sebaiknya anda berhati-hati. Bayangkan betapa tingginya kandungan kimia dalam produk itu?

Walau bagaimanapun, masih ada juga yang menggunakan produk ini walaupun mereka tahu ia sangat bahaya. Kepada mereka yang masih menggunakan produk sebegini, apa kata anda beralih ke produk yang dijual di farmasi pula. Ia bukan sahaja lebih murah malah lebih selamat. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua.

Penulis

  • Rosnah Arani adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi.
  • Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Pensyarah Kanan, Fakulti Filem, Teater dan Animasi.

Artikel Lain Untuk Di Baca