Kerajaan kesal dengan tindakan usahawan kosmetik popular Malaysia, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman dan rakan-rakan yang tampil bertelekung di Tanah Suci selain menjalani ibadah umrah seperti wanita tanpa sebarang rasa bersalah.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof, tindakan itu sekali gus telah mencemarkan imej Islam dan hubungan baik Malaysia dengan Arab Saudi.

“Saya kesal dengan tindakannya, sudahlah itu dipaparkan pula di Instagram seolah-olah bukan kesalahan,” katanya kepada pemberita selepas sesi townhall Maqasid Syariah di Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini.
Menurutnya lagi, agensi pelancongan yang membawa Muhammad Sajjad yang berusia 35 itu sepatutnya sedia maklum dengan status lelaki tersebut.

Terdahulu, salah seorang peserta Pencetus Ummah (PU) iaitu PU Amin yang kini sedang berada di Tanah Suci dalam perkongsian di laman sosial Instagram berkata, isu jemaah lelaki yang berpakaian seperti wanita semasa mengerjakan umrah mendapat perhatian pihak berkuasa di Makkah.
PU Amin atau nama sebenarnya, Mohamad Amirul Amin Maula Lokman Hakim memberitahu bahawa semasa berbual dengan polis berkenaan, dia diingatkan supaya jangan sesekali ada mana-mana pihak melakukan sebarang perkara yang melanggar undang-undang kerana ini merupakan tempat ibadah dan tempat suci.

Untuk baca artikel lain mengenai isu Muhammad Sajjad berpakaian menyerupai wanita di Makkah, anda boleh klik pada pautan di bawah: