Cekap Parkir Di Tempat Sempit, Kanak-Kanak Ini Boleh Memandu Kereta Lagak Orang Dewasa

Kanak-kanak lelaki dari China ini mungkin lebih cekap memandu kereta daripada anda yang dewasa.

Video yang dirakam oleh ibu bapanya itu telah tular dengan cepat di China dan mendapat pelbagai reaksi daripada warganet sehingga dimuat naik oleh salah satu laman YouTube terkenal China yang memaparkan video tular setiap hari iaitu South China Morning Post.

Video yang mendapat 24,872 tontonan dan 565 tanda suka hanya dalam masa 4 hari itu memaparkan kebolehan memandu oleh seorang kanak-kanak lelaki yang baru menjangkau umur 4 tahun.

Lin Lin, 4, cekap memandu kereta mainannya secara mengundur sambil mengelak daripada terlanggar halangan yang sengaja diletakkan oleh ibunya.

Dia boleh mengundurkan kereta mainannya itu di antara dua halangan yang kecil malah berkemahiran memarkir keretanya di ruangan sempit.

Ibu kepada kanak-kanak pintar ini berkata bahawa Lin Lin sangat menggemari kereta dan mempunyai lebih daripada 10 kereta mainan di rumah mereka.

Mengagumi kemahiran kanak-kanak itu, salah seorang warganet mencoretkan bahawa kemahiran memandunya lebih teruk daripada kanak-kanak berusia 4 tahun dan perlu lebih banyak berlatih lagi.

“Dia terlalu comel, berkemungkinan besar menjadi pelumba kereta suatu hari nanti,” tambah pengguna media sosial yang lain.

Video berdurasi satu minit dua saat itu mendapat banyak reaksi positif daripada warganet . Namun, ada juga yang mengatakan kebolehan kanak-kanak seperti Lin Lin yang berkemampuan memandu di usianya yang masih muda merupakan perkara biasa di negara-negara Barat.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca