Cederakan 17 Penumpang Kereta Api, ‘Joker’ Jepun Kesal Tidak Berjaya Bunuh Sesiapa

Pada Ahad lalu, seorang lelaki yang berpakaian kostum seperti Joker di Tokyo, Jepun telah ditahan selepas bertindak menyerang dan mencederakan 17 orang penumpang kereta api.

Kyota Hattori telah memberitahu pihak polis bahawa dia menyesal kerana tidak dapat membunuh sesiapa dalam insiden berkenaan. Ketika dalam siasatan, Kyota akui bahawa dia sangat obses dengan karakter Joker dan mengaku mahu mengambil nyawa orang lain agar dikenakan hukuman maut.

Sumber: IndieWire

Memetik laporan Nikkei Asia, lelaki berusia 24 tahun itu sudah merancang mahu lakukan serangan ini sejak bulan Jun lalu kerana dia berdepan dengan masalah kerja dan rakan-rakan.

Kyota telah menikam para penumpang secara rambang sebelum menyalakan api untuk membakar gerabak tersebut. Seramai 17 orang awam mengalami kecederaan dan tiga orang dalam keadaan parah. Selain itu, seorang warga emas dilaporkan berada dalam keadaan kritikal kerana suspek telah menikam dadanya.

Sumber: Nikkei Asia

Insiden yang mengambil tempat dalam sebuah kereta api dalam perjalanan menuju ke Shinjuku dari Hachioji itu menyaksikan orang ramai memanjat kereta api untuk keluar tingkap bagi menyelamatkan diri.

Kereta api tersebut berhenti dalam keadaan kecemasan di Stesen Kokuryo di bandar Chofu tetapi pintu gerabak itu tidak dibuka dengan segera.

Hal ini demikian kerana kereta api itu tidak berhenti di posisi yang betul jadi staf membuat keputusan untuk tidak membuka apa-apa pintu bagi menghalang para penumpang daripada jatuh dekat ruang antara platform dan kereta api. Pemandu kereta api itu juga dipercayai tidak tahu tentang kejadian berkenaan pada masa itu.

Pihak polis telah menemui pisau, beberapa botol plastik yang dipercayai mengandungi cecair pemetik api dan tin aerosol di dalam gerabak kereta api.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca