Cedera Di Belakang Tengkuk, Diana Danielle Dedah Pernah Dipukul Bekas Kekasih

Sebelum menyulam cinta dengan Farid Kamil, Diana Danielle mendedahkan bahawa dia pernah didera secara fizikal oleh bekas kekasih yang tidak didedahkan identitinya sehingga menyebabkan aktres itu mengalami kecederaan di bahagian belakang tengkuk.

Menerusi program Studio Sembang di YouTube bersama Amelia Henderson, Diana mendedahkan insiden itu berlaku selepas dia menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Sumber: Twitter @studiosembang

“Waktu itu, saya baru habis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Saya ada benjol besar (lump) di belakang tengkuk disebabkan dipukul bekas teman lelaki sebelum saya menjalin hubungan dengan Farid.

Saya didera secara fizikal oleh individu itu. Saya keluar daripada situasi (perhubungan) itu sejurus orang itu ‘sentuh’ saya kali pertama,” ujarnya.

Sumber: Kosmo

Aktres Magika itu terus mengambil keputusan ‘angkat kaki’ dan berpisah dengan lelaki berkenaan, “Saya sangat gembira tidak lagi berada dalam perhubungan itu. Tolong keluar daripada hubungan toksik itu sekiranya sesiapa sahaja (mana-mana lelaki) letak tangan di anggota badan anda.

Dia macam tiada diskaun-diskaunlah. Saya tahu apa yang saya mahu dalam perhubungan. Saya tahu sebetulnya apa yang saya mahukan.”

Pelakon She Was Pretty itu mengaku berasa lebih tenang selepas berkenalan dengan Farid Kamil, “Bila saya jumpa Farid waktu itu, saya berasa tenang, lebih fokus dan dia salurkan energi positif yang saya kagumi. Sebelum berkahwin dengan Farid, saya pernah bekerja dengannya dalam beberapa projek sebelum itu.

Saya sentiasa dambakan dan selalu bermimpi tentangnya. Saya juga memang peminat dia. Saya yang mula-mula jatuh cinta dengannya sebelum dia jatuh cinta dengan saya. 10 tahun perkahwinan dan 15 tahun perkenalan. That is love (itulah cinta).”

Sumber: Instagram @dianadanielleb

Untuk pengetahuan semua, Diana dan Farid mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata bernama Muhammad dan Nur Aurora. Anda boleh tonton video penuh di bawah.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca