Bulan Bintang telah mengadakan pertunjukan fesyen yang luar biasa di Menara Kuala Lumpur dengan bertemakan ‘Bulan Bintang Takes The Sky’.
Jenama yang terkenal ini telah beroperasi selama 6 tahun dengan rekaan minimalis mereka bagi mengekalkan keaslian dalam pakaian tradisional Malaysia.
Ini merupakan pertunjukan fesyen yang pertama buat jenama ini dan menurut pengasasnya, Azzim Zahid Azmi, RM2 juta telah dibelanjakan pada malam tersebut.
“Kami mahu melakukan kelainan yang tidak pernah dibuat dalam sebarang pertunjukan fesyen. Formasi dron ini dibawa khas dari United Kingdom.
“Saya mendapat inspirasi selepas melihat kehebatan formasi dron ini ketika bercuti ke luar negara. Apa yang dapat saya simpulkan, kos untuk formasi ini sendiri menelan belanja 80 peratus daripada kos keseluruhan. Kiranya untuk Bulan Bintang Takes The Sky ia menelan belanja RM2 juta,” katanya.
Dengan 350 unit dron dipamerkan, ia berjaya tersenarai dalam Malaysia Book of Records untuk kategori persembahan dron terbanyak.
Mereka juga tampilkan duta-duta untuk tahun ini iaitu Nadhir Nasar, Daiyan Trisha, Hannah Delisha, Beto Kushairy dan semestinya dua rakan baik yang masih kekal menjadi duta Bulan Bintang, Shukri Yahaya dan Sharnaaz Ahmad.
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: