CCTV Rakam ‘Orang Minyak’ Berbogel Cuba Pecah Masuk Rumah

Seorang lelaki terkejut apabila rumahnya cuba dipecah masuk oleh seorang lelaki berbadan hitam persis ‘orang minyak’ yang dalam keadaan berbogel di Jalan Gombak Batu 6, Gombak, Selangor.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Arsad Kamaruddin kejadian itu dipercayai berlaku pukul 3 pagi pada Rabu lalu.

Ketika kejadian itu, dipercayai mangsa sedang berehat di tingkat atas rumahnya dan terdengar sesuatu dari tingkat bawah rumah.

“Mangsa telah lihat di bawah dan ternampak kelibat seorang lelaki dalam keadaan berbogel cuba mengumpil tingkap depan rumahnya,” katanya dalam satu kenyataan, pada Khamis.

Mengulas lanjut, Arsad berkata mangsa telah menjerit membuatkan suspek melarikan diri ke arah jalan utama sebelum menghilangkan diri.

“Mangsa telah lihat semula rakaman litar tertutup (CCTV) yang terdapat pada rumahnya dan mendapati suspek datang berseorangan dan telah cuba untuk pecah masuk melalui tingkat depan rumah. Rakaman CCTV disertakan,” jelasnya.

Sehubungan itu, polis menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian untuk tampil di balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca