Cawangan Pertama Tsutaya Books Di Malaysia, Kedai Buku Dari Jepun Ini Bakal Dibuka 7 Julai Ini

Tandakan kalendar anda! Kedai buku terbesar Jepun, Tsutaya Books, telah mengumumkan tarikh pembukaan kedai buku pertamanya di Malaysia di Pavilion Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 7 Julai jam 3 petang.

Cawangan di Bukit Jalil juga akan menjadi kedai pertama bagi Tsutaya Books di seluruh Asia Tenggara. Menurut satu kenyataan media, kedai buku tersebut digambarkan sebagai kompleks kedai buku berskala besar yang berkonsepkan Cultivate Lifestyle & Culture.

Tsutaya Books di Lapangan Terbang Haneda

Terkenal sebagai “salah satu kedai buku tercantik di dunia”, rangkaian Jepun yang terkenal itu akan memastikan cawangannya di Bukit Jalil menjadi topik hangat bualan ramai apabila pintunya dibuka pada bulan hadapan.

Reka bentuk yang dibawakan adalah sebagai sebuah destinasi yang layak untuk dikongsikan di platform-platform media sosial seperti Instagram. Tsutaya Books Bukit Jalil akan menawarkan ruang seluas 31,000 kaki persegi (2,880 meter persegi), dan dianggarkan terdiri daripada 264,000 buku, pelbagai jenis alat tulis, seni, pameran hadiah dan cenderhati, serta sebuah kafe.

Tsutaya Books di Daikan-Yama

Menurut sebuah hantaran Instagram Tsutaya Books Bukit Jalil, “Kafe Jepun moden akan menjadi antara elemen terpenting kepada kedai buku kami, pelanggan akan mempunyai ruang untuk menyelak buku sambil menghirup kopi yang baru dibancuh dan juga menikmati hidangan ringan.”

Menurut mereka juga, antara pilihan buku-buku yang terdapat di sana adalah buku-buku yang ditulis dalam bahasa Inggeris, Jepun, Mandarin dan Bahasa Malaysia.

Ternyata kedai buku yang akan dibuka pada 7 Julai ini bukan sahaja untuk ulat buku tetapi ia juga sesuai untuk banyak jenis pelawat. Jadi, janganlah leka dan tandakan kalendar anda supaya dapat mengunjungi dan kedai buku Tsutaya Books Bukit Jalil dan menikmati suasananya!

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca