Catcalling. Bukan Satu Jenaka Atau Pujian Tetapi Ia Gangguan Seksual

Foto:SAYS.com

“Hei, Seksi!” Para pembaca yang wanita pernah tak jalan sorang-sorang atau berkumpulan, kemudian dengar ‘kata-kata’ macam ini daripada seorang lelaki atau berkumpulan? Dengan nada dan jelingan yang sangat tak sopan. Kemudian terdapat juga yang bersiul sambil memandang kearah tubuh wanita.

Sesetengah mungkin menganggap bahawa ia tidak berbahaya, hanya jenaka, atau mungkin juga pujian. Tetapi catcalling bukanlah sesuatu jenaka atau pujian ia merupakan gangguan. Mungkin ada yang masih tidak tahu apa itu catcalling dan mengapa ia boleh dikategorikan sebagai gangguan seksual atau ‘Street Harrasment’.

Catcalling atau dalam bahasa mudahnya, memanggil atau menegur wanita yang tidak dikenali dengan bahasa atau cara yang tidak sopan seperti, bersiul, menjerit, memanggil dengan perkataan yang berbaur seksual.Perkara ini amat menganggu emosi dan keselamatan ramai wanita di dunia.

Topik ini sering menjadi bualan di media sosial dan terdapat sebilangan lelaki yang mengatakan ia sebagai usikan dan terdapat juga yang menyalahkan perempuan kerana pakaian yang mereka kenakan terlalu menjolok mata. Ia merupakan alasan yang tidak ‘relevan’. Bagaimana cara seseorang itu berpakaian bukanlah alasan untuk mereka dilayan dengan cara yang tidak baik. Catcalling turut terjadi kepada wanita yang menutup seluruh tubuh mereka.

Foto: SAYS.com

Isu ini bukan hanya berlaku di Malaysia tetapi ia turut berlaku  di seluruh dunia. Persatuan yang mempertahankan hak wanita telah pun bersuara dan mengeluarkan petisyen untuk memohon kerajaan agar menjatuhkan hukuman ke atas individu yang melakukan catcalling atau ‘Street Harrasment’ terhadap wanita.

Foto:stopstreetharrasment

Di Malaysia Organisasi Bukan kerajaan (NGO) yang mempertahankan hak-hak wanita telah pun menjalankan kempen di media sosial sejak beberapa tahun yang lalu dengan menggunakan tanda pagar #MeToo.

Wanita yang pernah menjadi mangsa gangguan seksual ini akan menggunakan tanda pagar tersebut dan berkongsi pengalaman mereka yang pernah diganggu. Ia jelas bahawa wanita tidak selesa dan ia amat mengganggu emosi mereka.

Penulis berharap perkongsian ini dapat membantu para wanita di luar sana untuk lebih memahami tentang catcalling.

Artikel Lain Untuk Di Baca