Catat Suhu 54.4 Darjah Celcius, Ini Tempat Paling Panas Di Dunia

Jika anda rasa tempat anda kini sudah cukup panas berikutan bahang matahari, anda patut lihat keadaan di Taman Negara Death Valley di California, Amerika Syarikat.

Percaya atau tidak, suhu tertinggi yang pernah dicatatkan di kawasan berkenaan adalah 54.4 darjah Celcius (°C) sekali gus menjadikan ia sebagai tempat paling panas di dunia.

Keadaan itu juga telah menyebabkan kebakaran hutan dan juga gangguan bekalan elektrik di California selepas stesen janakuasa di kawasan itu mengalami masalah akibat daripada suhu panas melampau.

Menurut seorang petugas taman negara berkenaan, anda akan berasa seolah-olah ada beberapa pengering rambut sedang dihalakan ke muka setiap kali anda berjalan di luar. Dia turut menyifatkan keadaan itu seperti sedang berada di dalam ketuhar.

“Anda akan berasa seperti berada di dalam ketuhar dan gelombang haba di seluruh badan anda,” kata Brandi Stewart kepada BBC.

Difahamkan, gelombang haba ini dijangka bakal berlarutan sehingga sekurang-kurangnya 10 hari lagi.

Terdahulu, suhu tertinggi turut dicatatkan di kawasan berkenaan pada tahun 2013 iaitu pada bacaan 54°C.

Jika dibandingkan dengan bacaan suhu di Malaysia, paling panas yang pernah direkodkan adalah di Chuping, Perlis pada 9 April 1998 iaitu 40.1°C.

Untuk baca artikel-artikel lain yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca