Catat Sifar Kes COVID-19, Meme ‘Train To Perlis’ Buat Netizen Terhibur

catat-sifar-kes-covid-19-train-to-perlis-buat-netizen-terhibur

Seperti yang kita tahu, kes harian COVID-19 di Malaysia semakin mencanak naik sejak semalam, iaitu sebanyak 11,079 kes.

Kes harian COVID-19 tertinggi direkodkan setakat ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif di negara kita meningkat kepada 855, 949 kes.

Negeri Selangor mencatatkan kes positif tertinggi iaitu dengan bacaan 5,263 kes manakal Kuala Lumpur merekodkan 1,521 kes, diikuti Negeri Sembilan, 1,033 kes. Memetik laporan daripada portal rasmi Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Sementara itu, negeri-negeri dan wilayah persekutuan di seluruh Malaysia masing -masing mencatakan bilangan kes. Bagaimanapun, negeri Perlis tidak mencatatkan sebarang kes positif COVID-19 semalam.

Rata-rata warganet merasakan Perlis adalah negeri yang paling ‘selamat’ dari wabak ini.

Dikatakan negeri Perlis mempunyai konsisten dengan catatan kes paling rendah. Malah, ada kalanya tidak mencatatkan kes positif sama sekali.

Bermula dari itu, maka wujudlah sebuah meme dengan tagline ‘Train to Perlis’ membanjiri media sosial sejak semalam.

Bukan itu sahaja, siap diedit kepada poster ‘Train to Perlis. Poster terbabit merupakan daripada filem popular terkenal Korea Selatan, Train to Busan.

Menjengah di ruangan komen hantaran ciapan itu, ramai yang terhibur dan ingin turut serta menaiki tren tersebut.

Ada juga netizen yang berseloroh disebabkan kes harian COVID-19 semakin tinggi dan tidak menunjukkan sebarang penurunan.

Namun begitu, menurut kenyataan terbaharu daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN), Perlis pada hari ini telah mencatatkan sebanyak 3 kes positif harian COVID-19 berbanding kes semalam.

catat-sifar-kes-covid-19-train-to-perlis-buat-netizen-terhibur
Sumber: Kwongwah

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca