Kes baharu COVID-19 yang dilaporkan sebanyak 2,852 semalam menunjukkan jumlah keseluruhan sebanyak 4,953,418.

Jika mahu dibandingkan dengan 14 hari lalu, jumlah kes aktif COVID-19 adalah sebanyak 27,914 di mana ia turun kira-kira 16 peratus.
Mengikut jumlah negeri, terdapat 936 kes baharu COVID-19 yang dilaporkan di Selangor diikuti dengan Kuala Lumpur (316), Sabah (212), Melaka (190), Kedah (183), Kelantan (174), Putrajaya (169), Sarawak (142), Perak (104), Pulau Pinang (92), Pahang (82), Negeri Sembilan (81), Johor (78), Terengganu (77), Labuan (13) dan Perlis (3).
Memetik laporan Malaysiakini, purata 7.3 orang dilaporkan meninggal dunia sejak minggu lepas.

Selain itu, terdapat 101 laporan pesakit meninggal dunia kerana dijangkiti COVID-19 bulan lepas.
158 pesakit yang dijangkiti COVID-19 menghembuskan nafas terakhir pada bulan September.
Sejak pandemik melanda dunia pada Mac 2020, 36,566 orang pesakit direkodkan telah menghembuskan nafas terakhir kerana dijangkiti COVID-19.
Untuk memastikan kita terjaga daripada COVID-19, kita hendaklah sentiasa menjaga kebersihan tangan dan memakai pelitup muka di kawasan sesak kerana ia boleh mengawal dan mengurangkan penyebaran penyakit.
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: