Cari Padah, Lelaki Ini Mati Sia-Sia Selepas Sahut Cabaran Makan Cicak Gecko

Gara-gara memakan seekor cicak jenis gecko dalam satu permainan cabar-mencabar di sebuah parti, seorang lelaki terima padah apabila dia akhirnya meninggal dunia. Kejadian ini dilaporkan berlaku di Brisbane, Australia.

Lelaki malang itu yang dikenali sebagai David Dowell telah dijangkiti salmonella iaitu sejenis penyakit bakteria yang menjejaskan saluran usus. Dia bertarung nyawa selama 10 hari sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Insiden ini menimpa lelaki yang berusia 34 tahun itu pada sambutan Krismas tahun lalu. Sehari selepas dia ‘menjamu’ cicak itu, Dowell dilaporkan muntah dengan mengeluarkan cecair berwarna hijau.

Menurut teman wanitanya iaitu Allira Bricknell, dia sendiri tidak mengetahui punca sebenar kematian Dowell, tetapi laporan sijil kematian menyatakan bahawa teman lelakinya maut disebabkan pencernaan cicak berkenaan.

“Dia seorang lelaki yang baik dan bapa yang hebat kepada tiga anak kami. Tolong jangan bermain permainan seperti ini lagi,” katanya kepada Brisbane Times.

Pesakit yang dijangkiti dengan baketia salmonella akan mengalami sakit perut, kejang perut dan demam.

Disebabkan jangkitan ini, paru-paru Dowell turut dilaporkan dipenuhi dengan cecair.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca