Cari Padah, Blogger Ini Mati Sia-Sia Selepas Makan Lipan Dan Cicak Tokek Sewaktu Buat ‘Live’

Baru-baru ini, kami ada kongsikan kisah seorang lelaki yang meninggal dunia gara-gara menyahut cabaran makan cicak gecko atau kita sering sebut sebagai cicak tokek.

Nasib yang sama telah menimpa seorang lagi lelaki di China apabila dia ditemui mati setelah merakam dirinya sendiri sewaktu ‘menikmati’ serangga beracun itu. Bukan setakat cicak tokek, lelaki yang dikenali sebagai Sun itu turut memakan lipan diikuti dengan alkohol.

Difahamkan, Sun merupakan seorang blogger dan dia memperkenalkan satu permainan di mana dia perlu memutarkan roda yang terletak di belakangnya dan sebaik sahaja jarum roda itu berhenti, dia harus melakukan apa yang tertera di situ. Sewaktu dia putarkan roda tersebut, jarum menunjukkan dia perlu memakan serangga beracun diikuti dengan meminum alkohol.

Aksi itu dirakam dan disiarkan secara siaran langsung di satu laman sosial. Sun kemudiannya tidak sedarkan diri dan ketika itu, seluruh pengikutnya di laman itu melihat keadaannya memandangkan rakaman itu masih berjalan. Polis mengesahkan bahawa Sun ditemui di rumahnya yang terletak di Hefei, China oleh teman wanitanya.

Sesi siaran langsung di laman tersebut berakhir kira-kira jam 7.53 malam pada Khamis. Video tersebut bagaimanapun sudah dipadam.

Pihak polis kini masih membuat siasatan untuk mengetahui punca sebenar yang membuat lelaki itu terbunuh.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca