Cari Kerja Baharu? Pekerja Pembersih Di Korea Ini Dakwa Dibayar Lebih RM3,500 Untuk Bersihkan Pangsapuri

Tidak ramai di antara kita yang suka melakukan kerja-kerja pembersihan. Sehinggakan, ada yang sanggup mengupah orang lain demi untuk membersihkan rumah mereka.

Menurut laporan China Press, seorang pekerja pembersihan di Korea Selatan memuat naik beberapa keping gambar rumah yang harus dibersihkannya.

Gambar-gambar terbabit telah tular di media sosial bukan hanya kerana keadaan rumah terbabit, tetapi kerana bayaran yang diterima pekerja berkenaan.

Menurut pekerja pembersihan itu, dia berasa kaget sebaik sahaja memasuki premis berkenaan ekoran keadaan rumah itu yang terlalu kotor.

Kata pekerja terbabit, dia hampir pengsan apabila melihat keadaan rumah yang disifatkan sebagai premis paling kotor pernah dibersihkannya.

Sebaik sahaja gambar terbabit tular, warganet mula membanjiri ruang komen laman sosial berkenaan. Rata-ratanya menyoal bagaimana tuan rumah tersebut mampu untuk hidup dalam keadaan seperti itu.

Selain itu, ada juga yang memberikan pujian kepada si pekerja pembersihan yang berjaya membersihkan premis berkenaan sehingga kelihatan seperti rumah baharu.

Tambah pekerja pembersihan itu lagi, dia menghabiskan masa selama tujuh jam untuk mengembalikan keadaan rumah tersebut seperti baharu. Malah, dia juga mendedahkan dia dibayar wang sejumlah RM 3,526 sebaik selesai menjalankan tugasnya.

Bayaran yang diterima pekerja pembersihan itu sekali lagi menjadi buah mulut orang ramai ekoran jumlahnya yang dikatakan sangat lumayan.

Jadi, apakah pendapat anda? Adakah anda sanggup menjadi pekerja pembersihan jika dibayar wang sebegitu rupa?

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca