Cara Untuk Setting Aplikasi Waze Bagi Mengelakkan Anda Dibawa ‘Bersiar-Siar’ Ke Ladang

Pada zaman yang serba moden ini, hampir kesemua orang menggunakan aplikasi Waze sebagai penunjuk arah untuk menuju ke sesuatu lokasi. Malah, Waze juga mampu mengelakkan pengguna daripada menghadap kesesakan lalu lintas. Dalam erti kata lain, aplikasi Waze ini sememangnya memudahkan urusan perjalanan kita semua.

Namun begitu, sehebat mana pun sesuatu benda itu, kita tidak boleh bergantung padanya 100 peratus termasuklah aplikasi Waze ini. Walaupun ia dikhabarkan boleh menunjukkan arah ke semua destinasi, pernah berlaku kes di mana seorang bidan telah sesat dalam ladang gara-gara Waze.

Bunyinya memang agak lucu, tetapi jika anda yang berada di tempat bidan tersebut, pasti cuak dibuatnya. Bidan tersebut dikhabarkan berdepan detik cemas selama dua jam apabila sesat di dalam ladang kelapa sawit akibat terlalu mengikut aplikasi navigasi Waze.

Bukan sekadar sesat, kereta jenis Nissan Almera yang dipandu mangsa juga turut tersangkut di dalam lumpur di ladang tersebut. Malang sungguh nasib si mangsa itu.

Untuk mengelakkan perkara seperti ini berlaku, aplikasi Waze sebenarnya perlu disetting supaya ia tidak membawa anda ‘bersiar-siar’ di ladang kelapa sawit, ladang getah mahupun hutan. Mari ikuti langkah-langkah ini untuk mengelakkan perkara sedemikian berlaku:

1. Pertama sekali, masuk aplikasi Waze dan pilih Settings

2. Skrin anda akan memaparkan tetapan berikut dan anda perlu pilih Navigation

3. Pastikan kesemua tetapan kelihatan seperti gambar di bawah

Avoid ferries: Jika anda tidak klik pada butang ini, anda akan dibawa melalui jalan shortcut seperti sungai

Reduce difficult intersections: Apabila anda klik pada butang ini, jalan-jalan yang berliku dapat dielakkan

Unpaved roads: Apabila anda tetapkan ia kepada ‘don’t allow’, ini akan mengelakkan anda dibawa melalui jalan yang tiada tar termasuklah ladang

Dah pun siap! Semudah itu sahaja untuk mengelakkan anda daripada dibawa ke laluan yang pelik-pelik. Mungkin ramai yang tidak alert dengan tetapan yang tertera di aplikasi Waze itu.

Pastikan anda semua mengubah tetapan di aplikasi Waze anda untuk mengelakkan kes seperti kehabisan minyak akibat terlalu ikutkan Waze. Tidak salah untuk kita mengambil langkah berjaga-jaga. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca