Nafas berbau memang memalukan. Bukan saja pada diri sendiri tetapi juga orang di sekeliling yang tak senang dengan baunya. Nak tau nafas berbau atau tidak, anda boleh cuba cara ini.Hembus nafas kuat-kuat di telapak tangan dan kemudian bau. Kalau baunya seperti telur busuk, sendiri fahamlahkan.
Ketahuilah bahawa anda TIDAK akan sedar akan memiliki masalah mulut berbau sehinggalah ada rakan yang mengata mengenainya! Penyakit nafas berbau atau dalam perubatan dikenali sebagai Halitosis iaitu daripada perkataan Greek yang bermakna nafas busuk (halit) dan penyakit (osis).
Apakah perkara yang boleh mengakibatkan nafas atau mulut berbau?
– Merokok
– Pengambilan makanan dan minuman
yang berbau seperti petai,
jering, durian, bawang putih atau
minuman beralkohol
– Penggunaan gigi palsu
– Penyakit gigi dan gusi
– Penyakit paru-paru dan sinus yang
kronik
– Pembengkakkan tonsil atau
adenoids
– Jangkitan candidiasis dalam mulut
dan lidah
– Penyakit diabetis yang tidak
terkawal
– Penyakit kegagalan fungsi hepar
– Penyakit kegagalan fungsi ginjal
– Tidak mengamalkan kebersihan
mulut iaitu tidak berkumur
selepas makan atau minum.
– Pengambilan ubat-ubatan seperti
antihistamin, decongestants ,
antidepression, antipsychotic dan
lain-lain yang boleh
mengakibatkan pengurangan
pengeluaran air liur atau
menyebabkan mulut kering.
6 Cara Untuk Hilangkan Nafas Berbau
– Memberus gigi setiap hari
– Elak pencuci mulut berakali
(punca mulut kering)
– Membersihkan lidah setiap hari
– Berjumpa doktor gigi sebulan
sekali
– Minum air sekurang kurangnya 2
liter sehari
Sekiranya masalah nafas berbau masih tidak dapat di selesaikan, anda di cadangkan untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut di klinik pergigian.