Cara Rawat Penyakit HFMD Di Rumah

Penyakit HFMD tular melalui sentuhan langsung dengan cecair hidung, air liur, lepuh (blister) dan najis kanak-kanak yang dijangkiti serta sentuhan pada permukaan dan alatan permainan yang tercemar dengan virus HFMD.

Sumber: BBC

Mengikut Kementerian Kesihatan Malaysia, satu atau lebih simptom yang ditunjukkan oleh mereka yang dijangkiti adalah seperti demam, luka (ulcer) di mulut, ruam atau lepuh di telapak tangan dan kaki. HFMD selalunya menyebabkan jangkitan ringan dan boleh sembuh secara semula jadi.

Pada masa ini, tiada rawatan khusus yang menangani HFMD. Ini mungkin disebabkan oleh fakta bahawa majoriti pesakit HFMD pulih tanpa memerlukan rawatan, dan simptom-simptom yang dijangkiti akan hilang dalam tempoh 7 hingga 10 hari. Namun, ini tak termasuk bagi kes HFMD yang teruk sehinggakan mengalami masalah seperti radang otak dan jantung.

Sumber: MIMS Malaysia

Di rumah, ada beberapa langkah anda boleh buat untuk melegakan sakitan HFMD seperti menggunakan gel anestetik untuk melegakan kesakitan luka di mulut.

Selain daripada itu, ubat sakit yang dijual bebas seperti paracetamol ataupun ibuprofen boleh membantu melegakan rasa ketidakselesaan dan kesakitan.

Sumber: Children’s Wisconsin

Remedi Yang Anda Boleh Cuba Rumah

Terdapat beberapa makanan dan minuman tertentu yang boleh melegakan kesakitan bagi mereka yang mengalami ulcer di lidah, mulut, atau tekak. Antaranya ialah:

  • Makan-makanan yang sejuk seperti pencuci mulut ais krim, abc, atau cendol
  • Minum-minuman sejuk seperti susu atau air ais
  • Elakkan makanan dan minuman berasid, seperti buah sitrus, minuman buah-buahan dan soda
  • Elakkan makanan masin atau pedas
  • Makan makanan lembut yang tidak memerlukan banyak mengunyah
  • Bilas mulut anda dengan air suam selepas makan
  • Jika anak anda boleh berkumur tanpa menelan, berkumur dengan air garam suam mungkin menenangkan. Minta anak anda melakukan ini beberapa kali sehari atau sekerap yang diperlukan untuk membantu mengurangkan kesakitan dan keradangan mulut dan tekak yang disebabkan oleh penyakit tangan-kaki-dan-mulut

Akhirnya, remedi yang sentiasa disarakan oleh para doktor ada untuk banyak berehat. Ini kerana tidur memberi masa kepada badan anda untuk membaiki dirinya sendiri, dan juga terdapat proses imun tertentu yang berlaku semasa anda tidur yang boleh meningkatkan keupayaan badan anda untuk melawan penyakit.

Untuk baca artikel-artikel yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca