Cara Mudah Untuk Mengekalkan Kekemasan Rumah Dalam Keadaan Sentiasa Wangi, Segar Dan Bersih

Wangi
Cara Mudah Untuk Mengekalkan Rumah Sentiasa Wangi, Segar Dan Bersih

Rumah yang bersih dan sentiasa wangi adalah impian bagi setiap orang. Bahkan juga, setiap orang mahukan yang terbaik serta memberikan keselesaan kepada orang tersayang

Bagi wanita yang bekerjaya, sudah pasti tidak mempunyai banyak masa berada di rumah. Perkara ini menjadi sukar untuk fokus pada kebersihan rumah sahaja. Masa hujung minggu sahaja digunakan sepenuhnya untuk mengemas atau menukar atur letak perabot.

Bagi yang mempunyai anak yang sudah besar, apa kata untuk mengajak mereka sekali untuk membantu. Begitu juga dengan suami, kenalah ringan tulang juga kan. Apatah lagi di bulan Ramadan ini, dapatlah sebuah keluarga merapatkan hubungan kekeluargaan yang lebih erat.

Ikuti langkah mudah ini untuk memastikan kediaman anda dalam keadaan kemas dan cantik.

  1. Habuk Tidak Melekat Pada Perabot
Habuk Tidak Melekat  Pada Perabot

Bahan-bahan yang diperlukan ialah 1 penutup pelembut fabrik dan 10 cawan berisi air. Bancuh kedua-dua bahan ini hingga sebati. Kemudian, lapkan pada semua perabot yang ada dalam rumah anda. Cara ini akan membuatkan perabot tidak mudah lekat habuk malah rumah juga berbau lebih harum.

2. Kilatkan Lantai Rumah

Kilatkan Lantai Rumah

Lantai melekit memang buat rasa tak selesa disebabkan minyak yang terpercik. Lantai yang kotor akan membuatkan kaki kita juga turut sama rasa tidak selesa, lebih-lebih lagi, apabila selepas proses memasak selesai.

Jangan buang masa lagi, sebaliknya cuba cara ini sekarang. Sediakan bahan iaitu 1 penutup pencuci lantai, cuka dan juga air panas.

Sebaiknya mula mengelap permukaan lantai yang terkena minyak menggunakan tisu atau kain lap. Kemudian, sapu hingga sampah dan habuk dibersihkan. Campurkan kesemua bahan yang diperlukan dan mulakan mengemop pada lantai. Hasilnya, lantai lebih licin dan berkilat seperti baru menukar jubin.

3. Wangikan Rumah

Wangikan Rumah

Selain menggunakan penyegar udara bagi membolehkan udara keluar masuk, cuba gunakan cara ini untuk pastikan rumah anda lebih wangi dari sebelumnya.

Bahan yang perlu ada ialah 1 penutup pelembut fabrik dan cuka. Mudah bukan? Hanya menggunakan dua bahan ini sahaja. Campurkan kedua bahan ini dan semburkan ke seluruh rumah anda. Gabungan dua bahan ini memberi bau dan memperbaiki udara yang lebih bersih.

Pastikan langsir dan kesemua perabot berfabrik turut disembur. Baunya akan tahan lebih lama. Paling penting wangi!

4. Segarkan Bilik Air

Wangi

Orang kata, jika mahu melihat kebersihan seseorang, anda perlu teliti keadaan bilik air. Mungkin hal ini kerap berlaku apabila selepas anda mencuci bilik air, mesti bilik air akan wangi tetapi dalam tempoh yang sekejap. Jangan risau, ada cara mudah untuk kekalkan bilik air berbau harum.

Bagi mengekalkan bilik air anda sentiasa wangi adalah dengan mencampurkan 1 sudu kecil teh soda bikarbonat, 1 sudu teh cuka dan secawan air. Semburkan ke seluruh bilik air setiap hari. Hasilnya, bilik air akan rasa lebih segar dan harum.

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda untuk mengekalkan rumah anda bersih, segar dan wangi.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca