Cara Menarik Untuk Sambut Ambang Tahun Baru 2019

Sambut ambang tahun baru dengan menyaksikan percikan bunga api? Itu antara aktiviti klise masyarakat dunia. Namun begitu, bukan semua orang menyambutnya sebegitu. Ada saja aktiviti lain yang dilakukan. Jadi, penulis nak kongsikan cara sambut malam ambang tahun baru yang lebih menarik.

Anda boleh melakukan salah satu cara berikut ini,sendirian, bersama kekasih, kawan atau pun keluarga.

1.Kunjungi Tempat Baru

Dalai Lama pernah berkata, “Once a year, go someplace you’ve never been before”. Ia bukanlah bermaksud bahawa anda perlu pergi ke tempat yang jauh. Anda hanya perlu pergi ke tempat yang berada dekat dengan kawasan anda atau, anda boleh juga  melakukan aktiviti yang sebelum ini anda takut untuk lakukan seperti menaiki roller coaster.

2. Menyaksikan Matahari Terbit

Ramai yang tidak melakukan cara ini tetapi menyaksikan matahari pertama setelah masuk tahun baru merupakan perkara yang seronok tambahan lagi bila menyaksikan ia bersama insan yang tersayang. Bangun seawal mungkin untuk menyaksikan matahari terbit. sepagi mungkin untuk mengejar matahari pertama di tahun baru.

3. Selesaikan Azam Tahun 2018

Jika anda masih mempunyai azam tahun ini yang belum tercapai. Anda bole lakukan seperti apa yang dilakukan oleh Paul Doyle (Zac Efron) dalam membantu Ingrid Withers (Michelle Pfeiffer) menerusi filem “New Year’s Eve.” Gunakanlah imajinasi anda untuk mencapai kesemua resolusi itu sebelum bermulanya tahun baru.

4. Makan Malam Bersama

Berkumpul adik-beradik di rumah ibu bapa atau bagi yang mempunyai rumah sendiri mungkin boleh mengajak kawan-kawan untuk datang ke rumah. Lagi menarik buat potluck atau sama-sama masak tanpa penat di dapur.

5. Lakukan Akitiviti Indoor 

Anda boleh bermain permainan seperti Saidina atau Monopoly bersama adik-beradik atau kawan-kawan di rumah. Aktiviti ini dapat merapatkan lagi hubungan.

Jadi cara yang mana menjadi pilihan anda?Atau mungkin anda mempunyai idea yang lain dan tersendiri.

Semoga tahun baru yang akan tiba ini mendatangkan 1001 kebaikan untuk para pembaca Lejen!

Artikel Lain Untuk Di Baca