Cara Memilih Pencuci Muka Yang Sesuai Dengan Kulit Muka

Ketahui jenis kulit anda terlebih dahulu sebelum memilih pencuci muka yang sesuai. Bila dah tahu jenis kulit barulah anda boleh pilih produk mana sesuai dengan kulit anda.

Jika kulit anda jenis yang kering,tidak sesuai untuk menggunakan pelembap oil-free kerana ia tidak akan membantu.

Pilih pencuci muka yang lembut dan ringan yang tak akan menghilangkan semua minyak dari kulit. Cari produk yang mengandungi ramuan yang melembapkan seperti hyaluronic acid. Untuk pelembap pula, cari produk yang berbentuk lotion atau krim pekat.

Pastikan produk yang lembut dan hydrating. Kalau inginkan kulit anda nampak lagi lembap,gunakan juga serum antioksida.

Jika muka anda jenis yang berminyak pilih pencuci muka yang berasaskan air atau mempunyai tekstur gel yang ringan. Produk yang tebal akan buat kulit anda lebih berminyak dan liang pori kulit tersumbat.

Cari produk yang bebas dari sulfate dan mengandungi ramuan seperti Salicylic acid.

Elakkan dari memakai toner yang penuh dengan alcohol, dan pilih pelembap yang ringan.

Mudah je kan? yang penting kenali jenis kulit muka anda dulu, selepas itu baru mudah untuk membeli produk mana yang lebih sesuai.

Artikel Lain Untuk Di Baca