Baru-baru ini tular di dada akhbar apabila seorang lelaki maut apabila sebuah mesin pengering pakaian di sebuah kedai dobi tiba-tiba meletup apabila butang ‘Start’ ditekan. Mangsa disahkan meninggal dunia selepas 10 hari bertarung nyawa akibat kegagalan organ selepas melecur 73 peratus. Anak perempuan mangsa juga dikatakan melecur 37 peratus ekoran kejadian tersebut.
Susulan kejadian itu orang ramai dinasihatkan agar lebih berhati-hati semasa menggunakan mesin pengering tersebut. Satu perkongsian di laman Twitter juga telah mendapat perhatian apabila pemilik akaun Sahir Zulkifli berkongsi cara untuk membersihkan debu dan habuk dalam mesin pengering yang mungkin menjadi punca insiden tersebut.
Cara Membersihkan Habuk dan Debu dalam Mesin Pengering
Apa yang anda perlu lakukan sebelum menggunakan mesin pengering ialah mula-mula periksa dahulu lint filter. Lint filter ini bertindak untuk menangkap habuk dan debu pada pakaian. Biasanya lint filter ini berada di bukaan mesin (bergantung kepada model).

Keluarkan habuk-habuk yang melekat pada lint filter tersebut. Selain itu lint filter perlu sering dibersihkan kerana habuk boleh menjadi punca kebakaran.

Apabila butang ‘On’ ditekan, mesin akan menjadi panas. Sekiranya anda tidak bernasib baik, habuk yang terkumpul dalam lint filter akan menyebabkan mesin overheat seterusnya meletup.
Oleh itu sentiasalah berhati-hati apabila menggunakan mesin pengering. Bahkan setiap kali anda menggunakan sebarang peralatan elektrik, langkah keselamatan haruslah dititikberatkan.
Ingat, mencegah lebih baik daripada merawat!
Sumber: Sahir Zulkifli dan Abc123