Campuran Garam Dan Syampu Mampu Atasi Masalah Rambut?

Hampir setiap wanita akan mengalami masalah keguguran rambut, kulit kepala gatal dan kelemumur. Masalah ini sememangnya menjadi kerisauan bagi setiap orang.

Meskipun telah mencuba pelbagai tips dan petua, namun masih juga tidak membuahkan hasil.

Terdapat pelbagai syampu di pasaran untuk merawat masalah ini. Ternyata, masih belum mampu untuk menguatkan akar rambut agar tidak dilanda sebarang masalah keguguran dan sebagainya.

Sebagaimana yang telah diketahui oleh kita semua, rambut merupakan mahkota wanita yang perlu dijaga sebaik mungkin.

Maka, untuk mengatasi masalah ini, terdapat satu kaedah yang dikatakan sangat efektif iaitu mencampurkan garam dengan syampu.

Mungkin ia kedengaran pelik namun inilah formula berkesan yang boleh diamalkan oleh individu.

Caranya sangat mudah. Anda hanya perlu campurkan garam kasar dengan syampu harian kemudian ramaskan di kepala agar meresap ke dalam kulit kepala lalu bilaskan dengan air bersih. Amalkan secara konsisten selama dua hingga tiga kali seminggu.

InshaAllah pasti memberikan hasil yang membanggakan buat anda! Selamat mencuba.

Penulis

  • Nur Shazlyn Atika Binti Ismail adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi.
  • Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Timbalan Dekan Penyelidikan dan Jalinan Industri, Fakulti Filem, Teater dan Animasi.

Untuk membaca artikel yang menyentuh topik atau isu semasa berkaitan dengan masalah dan penjagaan rambut, sila klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca