Calon SPM Parah Jatuh Dari Tingkat Empat Selepas Jawab Periksa

Seorang pelajar tingkatan lima didapati cedera parah setelah dipercayai terjatuh dari tingkat empat bangunan di sebuah sekolah di Kulai, Johor pada hari Selasa lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Kulai iaitu Superintendan Tok Beng Yeow, mangsa yang juga merupakan seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) itu adalah seorang pelajar perempuan.

Pihak polis telah menerima laporan daripada seorang guru sekolah berkenaan pada pukul 1.26 tengah hari.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku selepas mangsa selesai menjalani ujian peperiksaan.

Pelajar itu dikatakan telah tamat menjawab peperiksaannya sebelum dia berjalan menuju ke koridor di tingkat empat blok sekolah.

Mangsa kemudiannya jatuh dari tingkat empat dengan ketinggian kira-kira 40 meter.

Lebih malang lagi, pelajar itu telah mengalami pendarahan pada bahagian kepala dan mukanya, kedua-dua belah tangannya turut patah dan mengalami kecederaan dalaman.

Pihak sekolah segera menghubungi ambulans dan mangsa kemudiannya dikejarkan ke Hospital Temenggong Sri Maharaja Tun Ibrahim Kulai untuk rawatan kecemasan.

Mangsa seterusnya dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru bagi mendapatkan rawatan yang lebih lanjut.

Kes sedang disiasat mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun, denda atau kedua-duanya sekali, jika disabit kesalahan.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca