Caj RM 1 Transaksi ATM Akan Dikenakan Semula Pada 1 Februari 2022

Orang ramai kini perlu membayar semula caj transaksi pengeluaran sebanyak RM1 menerusi mesin pengeluaran wang automatik (ATM) yang akan berkuatkuasa mulai esok, 1 Februari 2022.

Pengumuman itu telah dibuat oleh beberapa bank seperti Maybank, CIMB Bank, Citibank dan RHB Bank menerusi platform media sosial mereka sejak bulan Disember lalu.

Sebelum ini, pengguna menikmati pengecualian caj transaksi yang dikenakan ke atas pemegang kad bagi mana-mana mesin ATM sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan pada tahun 2020.

Ini kerana bagi mengelakkan orang ramai bergerak jauh untuk proses pengeluaran duit.

Namun kini pelbagai operasi telah kembali seperti biasa. Oleh itu, bank akan mengembalikan semula caj transaksi pengeluaran tunai.

Seperti ramai sedia maklum, caj RM1 ini akan dikenakan apabila menggunakan mesin ATM bukan milik bank berkenaan.

Justeru menurut beberapa bank, pemegang kad yang melakukan sebarang pengeluaran wang tunai di mesin ATM sendiri tidak dikenakan caj tersebut.

Dalam pada itu, berita berkaitan dengan pelaksanaan ini mendapat pelbagai reaksi yang berbeza daripada orang ramai di media sosial. Ada di antaranya juga mempertikaikan perubahan tersebut.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca