Caj Pelanggan RM533 Untuk 5 Hidangan, Guna Barang ‘Fresh’ Adalah Alasan Pemilik Kedai Ini

Seorang wanita telah berkongsikan pengalaman makan malam bersama keluarga di mana mereka dikenakan bayaran sebanyak RM533 untuk lima hidangan.

Menurut wanita berkenaan, kejadian tersebut berlaku di sebuah restoran di ibu kota Kuala Lumpur. Keluarga yang terdiri daripada enam orang itu telah memesan hidangan ikan kukus, ayam kukus, tauge goreng dengan peria, lala dan daging babi kukus.

Tambah wanita itu lagi, meskipun terdapat lima orang dewasa di situ, mereka tidak memesan sebarang minuman keras dan hanya memesan teh bunga kekwa.

Namun begitu, keluarga berkenaan menjadi tergamam sebaik sahaja bil tiba di meja mereka dan jumlahnya mencecah RM533.

Berikut merupakan makanan yang dipesan beserta harga mereka.

1. Tauge goreng dengan peria

Harga: RM20

2. Daging babi kukus

Harga: RM45

3. Ayam kukus

Harga: RM88

4. Lala

Harga: RM68

5. Ekor ikan kukus

Harga: RM258

Menurut laporan China Press, restoran berkenaan tidak membekalkan resit yang sah ekoran ia hanyalah sekeping kertas dengan tulisan cakar ayam dan tiada senarai harga lengkap.

Apabila keluarga berkenaan bertanya tentang harga makanan yang terlalu tinggi itu, pemilik kedai menjawab mereka menggunakan bahan-bahan yang paling segar.

Oleh kerana mereka tidak mahu isu berkenaan menjadi panjang, suami wanita itu segera membayar dan keluarga tersebut berlalu pergi.

Pengalaman berkenaan telah dikongsikan wanita itu di laman sosial Facebook dan telah menerima banyak komen dari warganet. Rata-rata mereka menggelar restoran berkenaan sebagai kedai penipu. Malah, ada yang telah ‘menyerang’ akaun Facebook kedai itu dengan meninggalkan ulasan yang teruk.

Menurut salah seorang warganet, restoran berkenaan sebenarnya telah mengekalkan harga mahal tersebut sejak tahun 2011.

Pihak restoran tersebut telah membidas komen-komen warganet dengan memuat naik satu penjelasan di akaun Facebook mereka.

“Kami mendapatkan ikan-ikan segar dan terbaik kami daripada kawan nelayan. Kami hanya menghidangkan kepala atau ekor ikan kerana stok kami sangat terhad. Dalam masa satu hari, kami hanya menghidangkan satu atau dua hidangan sahaja,” ujar wakil restoran tersebut.

“Ayam kukus yang kami hidangkan juga bukanlah hidangan biasa. Ayam tersebut kamu kukus bersama-sama Brandy (sejenis alkohol). Brandy yang kami gunakan juga berkualiti tinggi.”

Jadi, apakah pendapat anda mengenai hal ini? Wajarkah harga-harga yang dikenakan restoran ini?

Bercakap tentang ikan, penulis teringat dekat Restoran Selera Rose di Semenyih yang menghidangkan siakap tiga rasa. Penangan ikan siakap kedai tersebut membuatkan penulis teringat-ingat dan rasa seperti hendak pergi semula ke sana.

Dahlah sedap rasa hidangan siakap tiga rasa tu, harganya pula murah cuma RM25 bagi ikan seberat 500 sehingga 600 gram.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca