Cabaran 24 Jam (24 Hours Challenge) #FuntasticLima19 merupakan sebuah acara anjuran Kelab Sukan & Kebajikan Kementerian Pengangkutan Malaysia. Cabaran yang menguji minda, stamina dan kreativiti peserta selama 24 jam ini diadakan sempena Pameran Antarabangsa Maritim dan Aero Angkasa Langkawi 2019 (LIMA’19) dengan kerjasama Malaysia Airlines Berhad dan Hotel Adya Chenang, Langkawi.
Menerusi cabaran ini yang bermula pada Sabtu lepas, para peserta diberi mandat untuk sampai ke Langkawi dalam masa 24 jam dengan menggunakan 5 mod pengangkutan awam sama ada pengangkutan udara, air ataupun darat seperti perkhidmatan tren, kapal terbang, feri, Grab atau teksi untuk tiba di titik akhir iaitu Hotel Adya Chenang, Langkawi.
Selain tu, para peserta juga harus singgah ke satu tempat pelancongan atau bersejarah sebelum tiba di Langkawi. Pada masa yang sama, mereka perlu memuat naik gambar swafoto atau video di media sosial masing-masing dengan menggunakan tanda pagar yang ditetapkan oleh penganjur.
Pertandingan ini bermula pada 16 Mac 2019 (Sabtu) di mana Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Kamarudin Jaffar melancarkan dan melepaskan para peserta di KL Sentral pada jam 12 tengah hari.
Kesemua peserta dikehendaki tiba di destinasi akhir di Langkawi sebelum pukul 12 tengah hari keesokan harinya iaitu pada 17 Mac 2019 (Ahad). Mereka dinilai berdasarkan markah di media sosial (30%), kreativiti (20%), mod pengangkutan awam (20%) dan siapa tiba di titik akhir terlebih dahulu (30%).
View this post on InstagramA post shared by Ministry of Transport Malaysia (@ministryoftransportmy) on
Pemenang bertuah tempat pertama yang berjaya membawa pulang wang tunai RM3,000 serta 2 tiket penerbangan pergi balik ke Bangkok tajaan Malaysia Airlines jatuh kepada Kelvin Kew.
View this post on InstagramA post shared by Ministry of Transport Malaysia (@ministryoftransportmy) on
Pemenang tempat kedua pula yang berjaya memperoleh wang tunai RM2,000 serta 2 tiket penerbangan pergi balik ke Jakarta tajaan Malaysia Airlines menjadi milik pengasas Lejen Press iaitu Aisa Benasri.
View this post on InstagramA post shared by Ministry of Transport Malaysia (@ministryoftransportmy) on
Hadiah bagi tempat ketiga yang merupakan wang tunai RM1,000 serta 2 tiket penerbangan pergi balik ke Singapura tajaan Malaysia Airlines pula dimenangi oleh Amirul Hafiz.
https://www.instagram.com/p/BvFtt9lHd4V/?utm_source=ig_share_sheet&igshid=17ifjz5hhx0p1
Bagi kategori khas pula iaitu Gambar atau Video Paling Kreatif yang dinilai oleh juri dari Malaysia Airlines dan Hotel Adya, sekali lagi Aisa Benasri muncul sebagai pemenang dan berjaya meraih wang tunai sebanyak RM1,000 apabila video beliau paling menonjol daripada yang lain.
Menurut Datuk Kamarudin Jaffar, program berbentuk cabaran ini adalah julung kali diadakan oleh kementeriannya sempena LIMA ke-15 pada tahun ini. Selain mempromosi LIMA’19 yang bakal berlangsung pada 26 hingga 30 Mac depan, pertandingan ini juga diadakan untuk menanam minat orang awam bagi menjadikan pengangkutan awam sebagai mod pergerakan utama.
Diharap selepas ini banyak lagi program berbentuk seperti ini terutamanya yang menekankan penggunaan kemudahan awam. Hal ini demikian kerana hubungan dua hala menerusi program ini sangat penting untuk menambah baik platform kemudahan awam yang sedia ada.