Cabar Diri, Selangor International Youth & Extreme Festival 2018 Khas Buat Peminat Sukan Ekstrem!

Apabila tiba hujung minggu aktiviti-aktiviti seperti membeli-belah, menonton wayang atau berjalan-jalan di mall merupakan antara aktiviti yang sering kita lakukan. Oleh itu, apa kata kali ni kita cuba sesuatu yang lain dari yang lain?

Pada 29 dan 30 Disember yang akan datang, satu acara bertemakan sukan ekstrem akan diadakan. Bertempat di Taman Ekstrem Gua Damai, Batu Caves, Selangor International Youth And Extreme Festival 2018 (SIYEF 2018) merupakan anjuran Jawatan Kuasa Tetap Pembangunan Generasi Muda Dan Majlis Sukan Negeri Selangor.

 

 

 

Tujuan acara ini diadakan adalah untuk mengajak golongan sosial media khususnya golongan belia untuk turun padang dan merapatkan hubungan sesama rakan sosial media yang lain.

Antara sukan yang akan diadakan pada event tersebut ialah abseiling, rock climbing, flying fox, paintball dan macam-macam lagi.

Selain itu, acara zumba, pertandingan futsal, Fifa esports dan persembahan buskers turut ada pada hari berkenaan. Acara yang akan berlangsung selama dua hari tersebut akan bermula dari jam 8 pagi hingga 10 malam.

 

              

 

Apa yang menariknya ialah, hanya dengan bayaran serendah RM25, anda akan mendapat sehelai baju, lanyard dan boleh mencuba semua aktiviti secara percuma!

Bagi mereka yang berminat, anda boleh membuat pembayaran dengan mengklik link yang disediakan.

Ha, tunggu apa lagi? Jom ramai-ramai meriahkan acara ini. Jangan lupa book date anda ya! Jumpa di sana!

Sumber: Twitter

Artikel Lain Untuk Di Baca