Cabar Diri Anda: Wanita Ini Nekad Sertai Mrs. Malaysia World 2018 Pada Usia 47 Tahun

Terlalu muda dianggap tidak matang, terlalu tua dianggap tidak sedar diri. Lumrah masyarakat sering menghakimi seseorang berdasarkan usia mereka. Bahkan sering kedengaran pepatah lama menyebut ‘orang tua lebih banyak makan garam’. Namun benarkah kemampuan seseorang dapat dilihat dari segi usianya sahaja?

Melalui sebuah perkongsian post di Instagram, pemilik akaun Encik Hizwani Hassan berkongsi pandangan beliau. “Terlalu mudah untuk mengukur kebolehan seseorang itu menggunakan umur. Usia setiap insan berbeza.”

 

Photo: Hizwani Hassan

 

Encik Hizwani juga merujuk kepada isu mengenai kritikan orang ramai terhadap Perdana Menteri Malaysia yang ketujuh, Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana dianggap tua untuk menjadi Perdana Menteri namun pada masa yang sama orang ramai turut meragui kebolehan Syed Saddiq kerana dirasakan terlalu muda untuk menjadi menteri.

Persoalannya, adakah benar bahawa usia merupakan kayu pengukur kemampuan seseorang?

 

Photo: Remaja

 

 

Usia Bukan Penghalang Untuk Sertai Mrs. Malaysia World 2018

 

Photo: Bernama

 

Ahli perniagaan, Lila Ruzaini Mohd Hussin, 47 nekad mencabar dirinya untuk menyertai Mrs. Malaysia World 2018 biarpun sedia maklum dirinya bakal bersaing dengan peserta yang jauh lebih muda.

Memetik kata-kata beliau, dia yakin bahawa umur tidak menjadi penghalang untuk memajukan diri dalam apa sahaja bidang. Berbeza dengan pertandingan Miss World, Mrs. Malaysia World 2018 memberi peluang kepada wanita bergelar ibu dan isteri untuk turut mengambil bahagian.

Terbukti bahawa usia seseorang bukanlah pengukur kepada kebolehan diri mereka. Tidak bermakna seseorang itu lebih tua dia akan menjadi seorang yang ‘serba tahu’ dalam semua aspek. Apa yang penting ialah kita mestilah sentiasa cuba untuk memperbaiki diri agar sentiasa hidup dalam keberkatan.

InshaAllah.

 

[Anda ada karya yang ingin diterbitkan di iamlejen.com? Hantarkan cerpen, certot, sajak atau puisi tulisan anda ke [email protected] beserta dengan nama pena pilihan anda. Selamat mencuba!]

 

 

 

 

 

 

 

Artikel Lain Untuk Di Baca