Cabar Agama Islam, Lukisan Mural Lucah Cetus Kemarahan Penduduk

Satu lukisan mural dengan paparan lucah dikatakan mencabar agama islam cetus kemarahan penduduk setempat di Jalan Sungai Buloh, Kuala Selangor baru-baru ini.

Lukisan mural yang dilukis pada dinding Balai Seni Art Gallery itu telah mengundang kemarahan pihak awam terutamanya umat Islam.

Hal ini kerana lukisan mural tersebut memaparkan tiga wanita bogel pada dinding bangunan dan sebahagian daripadanya ditutup dengan kanvas hitam.

Lukisan lucah itu telah mendapat perhatian pelbagai lapisan masyarakat setempat walaupun rata-rata penduduk kawasan itu adalah berbangsa Cina.

Selain itu, lukisan mural ini dikatakan tidak mengambil peduli sensitiviti masyarakat setempat dan dikatakan mencabar agama islam sebagai agama persekutuan.

Warganet mendakwa bahawa pelukis lukisan mural ini sengaja ingin mencetuskan perselisihan ketika umat Islam sedang menunaikan ibadah puasa.

Pihak polis juga telah menerima laporan yang dibuat oleh penduduk di situ kerana lukisan itu dianggap melanggar prinsip rukun negara iaitu Kesopanan dan Kesusilaan.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Supt Ramli Kasa, pelukis terbabit tidak ada niat untuk lukisannya menghina mana-mana pihak berkenaan.

Ketua polis tersebut menambah bahawa projek seni lukis ini telah mendapat kelulusan Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) pada 22 Mac lepas.

Mural tersebut merupakan sebuah projek untuk pameran antarabangsa yang bakal dianjurkan di Balai Seni Sasaran Kuala Selangor.

Namun begitu, pihak MDKS tidak diberitahu secara jelas apakah jenis mural yang akan dilukis pada dinding tersebut.

Pelukis mural itu memberi keterangan kepada pihak polis bahawa lukisan tersebut perlu dilukis mengikut lapisan demi lapisan sehingga selesai.

Walau bagaimanapun, penduduk setempat dan warganet berpendapat bahawa mural tersebut perlulah ditutup sepenuhnya dengan kanvas untuk mengelak reaksi negatif.

Sumber: Kosmo!

Pihak MDKS telahpun mengarahkan pelukis terbabit untuk menyiapkan bahagian sensitif dengan kadar segera pada hari yang sama.

Lukisan mural ini dikatakan telah siap sebanyak 40 peratus dan dijangka siap sepenuhnya pada atau sebelum 26 April ini.

Apa pendapat anda mengenai perkara ini?

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca