Sebuah muzium seni di Singapura mempelawa wanita di negara itu untuk terlibat dalam sebuah projek dengan berkongsi gambar punggung mereka.
Muzium Kesenian Singapura (SAM) berkata tujuan projek yang dinamakan Projek Online SinGirl tersebut adalah untuk menghapuskan stereotaip imej seksi wanita.
Amanda Heng, artis seni untuk projek itu berkata ia adalah untuk menghapuskan imej punggung seksi wanita pramugari Singapore Airlines.
Seperti projek lain Amanda, projek tersebut diketengahkan untuk melawan anggapan ramai terhadap imej ‘Gadis Singapura’.
Dalam hantaran oleh SAM, mereka menjemput semua wanita Singapura tanpa mengira bentuk fizikal dan tona kulit untuk menghantar gambar punggung mereka.

Selain itu, artis seni tersebut berkata masih ramai yang masih tidak sedar bagaimana rupa sebenar bahagian belakang mereka.
Beliau berharap agar projek yang berlangsung sejak 2009 ini membuatkan para wanita sedar akan keunikan yang terdapat pada diri sendiri.
“Budaya pop terutamanya telah menerapkan ciri-ciri feminin seorang wanita perlu ada yang ditumpukan untuk lelaki.
Wanita yang terlibat akan lebih peka dan mula mempersoalkan peranan mereka sebagai seorang wanita dalam masyarakat, isu perwakilan dan lain-lain lagi.” jelas Amanda dalam sebuah temu ramah tahun 2013.
Gambar-gambar punggung wanita turut dimuat naik dalam hantaran yang sama dengan perkataan ‘SinGirl’ tertera pada setiap gambar.
Mereka yang ingin terlibat dalam giliran terbaru projek SinGirl ini boleh mengambil gambar di kiosk terletak di Galeri Nasional dengan keselamatan privasi.
Gambar tersebut akan disusun oleh Amanda dan akan dipaparkan di pameran Wikicliki: Collecting Habits on an Earth Filled With Smarthphones.
Pameran tersebut berlangsung sejak 18 Mei sehingga 11 Julai 2021 ini di muzium seni berkenaan.
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: