Buta Minda, Aphantasia: Sebuah Ketidakupayaan Untuk Berimaginasi

Berimaginasi adalah sebuah perkara yang sering kita lakukan sejak kecil lagi, lebih-lebih lagi apabila kita bermain atau membayangkan sesuatu perkara.

Bila disebut tentang imaginasi, pasti ramai yang berfikir tentang keupayaan menggambarkan sesuatu dalam minda manusia.

Tahukah anda, terdapat sebuah kondisi yang tidak membolehkan seseorang itu menghasilkan gambaran visual dalam minda mereka?

Fenomena ini dinamakan aphantasia yang berasal daripada perkataan Greek iaitu “a” yang bermaksud tanpa dan “phantasia” yang membawa makna keupayaan untuk menghasilkan imej dalam minda.

Seseorang yang mengalami aphantasia mungkin boleh mengingati beberapa perkara yang berlaku dalam hari terpenting mereka, tetapi mereka tidak dapat membayangkan kembali gambaran yang berlaku pada hari tersebut.

Aphantasia merupakan sebuah kondisi yang jarang dijumpai tetapi para saintis telah mengenalpasti dua jenis aphantasia iaitu acquired aphantasia yang muncul selepas berlakunya kecederaan terhadap otak dan juga congenital aphantasia yang berlaku sejak lahir.

Seseorang yang menghadapi aphantasia ini seringkali mempunyai kesukaran dalam mengingati wajah-wajah atau tempat-tempat yang pernah mereka kunjungi.

Meskipun begitu, mereka masih berkeupayaan untuk melihat imej-imej ketika bermimpi walaupun tidak terlalu jelas dan kerap.

Walau bagaimanapun, fenomena ini tidak menjadi pembatas terhadap kreativiti seseorang yang mengalami kondisi ini.

Bahkan, masih terdapat ramai penghidap aphantasia yang berkecimpung dalam dunia seni. Antaranya ialah pelukis animasi Disney, Glenn Keane yang terlibat dalam animasi The Little Mermaid dan juga Ed Catmull yang merupakan mantan presiden Pixar dan Walt Disney Animation Studios.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca