Sebuah pesawat Airbus A321 dari Ural Airlines Rusia terpaksa membuat pendaratan cemas di kawasan ladang jangung yang berhampiran dengan lapangan Terbang Moscow – Zhukovsky, Rusia pada Rabu lalu.
BREAKING An Ural Airlines A321 made a crash landing in a field after engines ingested birds on takeoff from a Moscow airport https://t.co/Zs5SQm218C
— AIRLIVE (@airlivenet) August 15, 2019
Kemalangan ini dipercayai berlaku kerana terdapat seekor burung tersekat pada bahagian enjin pesawat yang mengakibatkan kebakaran dan kehilangan kuasa pada enjin pesawat terbabit.
Pesawat yang melakukan penerbangan #U6178 dengan 234 orang penumpang termasuk tujuh anak kapal itu dikatakan berlepas dari lapangan terbang Zhukovsky untuk ke bandar Crimean Simferopol.
Susulan daripada itu, 20 krew ambulans dan dua helikopter telah dikejarkan di kawasan berkenaan. Insiden tersebut telah menyebabkan beberapa orang penumpang cedera.
UPDATE Passenger video shows moment the Ural Airlines A321 made the emergency landing in field, following the bird ingestion in both engines https://t.co/Zs5SQmjC0a pic.twitter.com/BW6QanQ9XK
— AIRLIVE (@airlivenet) August 15, 2019
Namun, menurut jurucakap Kementerian Kesihatan Wilayah Moscow, tiada penumpang yang dibawa ke hospital malah mereka menerima rawatan berhampiran tapak kejadian itu.