KONGSIKAN

Apakah perbezaan stres dan burnout? Melalui satu bebenang daripada Twitter, pemilik akaun Dr.Rostam menerangkan lebih lanjut makna burnout dan perbezaannya dengan stres.

Burnout bermula daripada stres yang tidak terurus dan berpanjangan. Istilah burnout diperkenalkan oleh Freudenberger (1974) yang menggambarkannya sebagai perasaan kegagalan dan kelesuan akibat tuntutan yang terlalu membebankan ke atas tenaga, sumber-sumber atau ketabahan seseorang. Dalam erti kata yang lain, burnout boleh juga didefinisikan sebagai pilihan terakhir (akibat) apabila satu ciri percubaan untuk menangani stres, gagal mencapai matlamatnya.

Beliau turut menerangkan perbezaan antara stress dan burnout.

Stres :

1. Lebih dedikasi (over engage)

2. Mudah sentap

3. Mudah cemas

4. Hilang tenaga

5. Boleh melarat menjadi penyakit gelisah atau gusar.

Burnout :

1. Tidak peduli

2. Tiada perasaan

3. Putus asa dan tiada harapan

4. Hilang motivasi/idealisme/harapan

5. Kemurungan simptom fizikal serta lebih emosi.

 

Burnout sering terjadi keatas mereka yang sangat bersemangat, berdedikasi dan rajin. Bilamana idealisme tidak seiring realiti, burnout akan mula menyerang. Jika dibiarkan berterusan ia akan bertambah buruk dan menjadi kemurungan.

Kepada para pembaca yang mungkin mengalami stres jangan biarkan ia berlarutan sehingga menjadi burnout. Dapatkan nasihat kaunseling atau pakar psikologi sebelum ia menjadi lebih serius.