Bunuh Dan Tetak Kepala Ibu Sebelum Otak Wanita Itu Digoreng Dalam Kuali Untuk Dimakan

Seorang lelaki dari Chhattisgarh, India benar-benar gila apabila bertindak kejam membunuh ibunya dengan sebilah kapak sebelum menggoreng otak wanita itu di dalam kuali untuk dimakan.

Sitaram Iraon, 32, atau lebih dikenali sebagai Phoolbai dituduh membunuh ibunya yang berusia 50 tahun di sebuah perkampungan Botalda dalam daerah Kharsia, Raigarh pada Selasa lalu.

Pemuda itu acap kali pulang ke rumah dalam keadaan mabuk dan memukul ibunya menyebabkan wanita tua itu enggan memberi wang kepada anaknya untuk membeli alkohol.

Dek berang dengan kedegilan ibunya yang tidak mahu memberikannya duit, dia mengambil senjata tajam berdekatan lalu menetak kepala si ibu.

Menurut laporan media tempatan India, Phoolbhai mengeluarkan otak mangsa dan menggoreng di dalam kuali untuk dimakan.

Tertuduh bagaimanapun melarikan diri selapas kakak iparnya datang ke rumah dan menyaksikan perbuatan kejam lelaki terbabit namun lelaki itu berjaya ditahan pihak berkuasa tidak lama selepas itu.

Tertuduh ditemui bersembunyi di kawasan berhampiran oleh pihak polis dengan pakaian berlumuran darah.

Soal siasat mendapati, lelaki tersebut mengaku melakukan jenayah kejam itu dan pihak polis menfailkan kes jenayah ke atas lelaki terbabit.

Adik lelaki tertuduh menerangkan bahawa sebelum kejadian itu berlaku, dia pernah memujuk abangnya untuk berubah namun dia berpindah keluar dari rumah itu apabila abangnya tetap ketagih alkokol.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca